Tentera Darat Indonesia paling ramai ‘mengganas’ - Utusan Malaysia

Tentera Darat Indonesia paling ramai ‘mengganas’

TENTERA Darat Indonesia paling ramai terlibat dalam kes keganasan terhadap orang awam sepanjang tempoh tiga tahun. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras) merekodkan seba­nyak 277 kes keganasan melibatkan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) sepanjang 2018 hingga 2021.

Daripada jumlah itu, Penyelidik Kontras, Revanlee Anandar berkata, kebanyakan kes dido­minasi oleh tentera darat de­ngan 228 kes, lapor CNN Indonesia.

Katanya, kes kekerasan TNI melibatkan isu penganiayaan, penyeksaan, tembakan dan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Beliau turut menjelaskan, keganasan melibatkan tangkapan sewenang-wenangnya, keselamatan perniagaan, gugur kandungan secara paksa, me­rampas tanah dan jenayah seksual.

“Sebanyak 151 kes pengania­yaan diikuti menggertak orang ramai dengan 57 kes,” katanya.

Menurut Revanlee, pola kekerasan berulang menunjukkan mekanisme pengawasan masih lemah terhadap sikap perajurit di lapangan.

“Baik pelanggaran etika, disip­lin mahupun peraturan,” katanya.

Kes keganasan yang menjadi tumpuan ramai tahun ini melibatkan dua anggota TNI yang memijak kepala orang awam di Merauke, Papua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya