NEW JERSEY: Lebih 41 orang maut selepas Taufan Ida yang menyebabkan banjir besar dan puting beliung melanda empat negeri di Amerika Syarikat (AS), sejak beberapa hari lalu.
BBC melaporkan, beberapa mangsa terperangkap di tingkat bawah tanah yang digenangi air banjir.
Rakaman gambar turut menunjukkan air banjir memasuki stesen kereta api dan rumah penduduk.
Disebabkan itu, semua stesen kereta api New York diarah tutup.
Jabatan Kesihatan Louisiana mengesahkan angka kematian meningkat kepada sembilan orang.
Sebanyak tiga kes kematian di rumah akibat gas karbon monoksida bocor disebabkan ribut dan angin kencang melanda.
Presiden AS, Joe Biden memberi amaran mengenai ‘krisis iklim’ dan negara itu perlu mempunyai persediaan lebih baik pada masa depan.