Syarikat angkasa lepas Ukraine hantar alat teknologi ke bulan - Utusan Malaysia

Syarikat angkasa lepas Ukraine hantar alat teknologi ke bulan

PAVLO TANASYUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UKRAINE: Spacebit yang diasaskan oleh usahawan Ukraine, Pavlo Tanasyuk bakal menghantar peralatan teknologi sensor suite ke permukaan bulan tahun depan bagi mengkaji kebarangkalian untuk manusia hidup di sana.

Lapor Kyiv Post, peralatan berbentuk kotak dengan ukuran 10 ke 15 sentimeter dan berat sekilogram dipenuhi dengan kamera serta pengesan radiasi.

Alat itu dihasilkan dengan bantuan syarikat angkasa lepas Ukraine termasuk syarikat reka bentu milik negara, Pivdenne, pelopor peralatan pengesan radiasi, Ecotest, pembekal titanium, Titanera dan pembuat kapal terbang, Merydian.

Spacebit akan menjadi syarikat pertama diasaskan Ukraine yang bakal mendaratkan peralatan teknologi di permukaan bulan.

“Adalah sangat penting untuk mengetahui bagaimana tahap radiasi berbeza di permukaan bulan untuk membina penempatan di sana dan menghantar angkasawan,” katanya.

Pada penerokaan angkasa lepas seterusnya, syarikat itu juga merancang untuk menghantar robot berbentuk labah-labah bagi meneroka kawah bulan.

Perlatan teknologi Spacebit akan menjelajah angkasa lepas dari Cape Canaveral, Florida di tapak pendaratan Peregrine yang dibina oleh syarikat Amerika Syarikat (AS), Astrobotic menggunakan roket Vulcan Centaur yang dibangunkan oleh agensi angkasa lepas AS, United Launch Alliance.

Pelepasan itu melibatkan kos sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) yang perlu ditanggung oleh Spacebit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya