Serangan dron: AS mengaku silap, akur dan minta maaf - Utusan Malaysia

Serangan dron: AS mengaku silap, akur dan minta maaf

PENDUDUK melihat kenderaan milik Zemari Ahmadi yang musnah dalam serangan dron Amerika Syarikat di Kabul. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ketua Komando Pusat Amerika Syarikat (AS), Jeneral Frank McKenzie membuat pengakuan terbuka mengenai serangan dron AS di ibu negara Afghanistan sehingga mengorbankan 10 nyawa orang awam termasuk kanak-kanak, bulan lalu.

McKenzie berkata, insiden itu jelas mendapati individu yang terkorban tiada kaitan dengan militan Daesh di wilayah Khorasan (ISKP) seperti didakwa sebelum ini.

“Setelah mengkaji dengan teliti dan hasil penyelidikan serta analisis sokongan oleh rakan-rakan antara agensi, saya kini yakin sebanyak 10 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh secara tragis dalam serangan itu,” katanya.

Oleh itu, beliau menzahirkan ‘takziah mendalam’ kepada ahli keluarga mangsa dengan menjelaskan serangan itu dilakukan dengan ‘keyakinan yang mendalam’ ia akan mencegah serangan di lapangan terbang ketika pasukan tentera AS memindahkan sejumlah orang awam.

“Ia adalah satu kesalahan dan saya meminta maaf secara jujur. Sebagai komando pejuang, saya bertanggung jawab sepenuhnya terhadap serangan itu dan kesan tragis yang berlaku,” ucapnya.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin merakamkan ucapan takziah terhadap mangsa serangan dan mengumumkan ‘tinjauan menyeluruh’ penyelidikan terhadap serangan itu.

Pihaknya juga akan mempertimbangkan semula untuk mengubah proses, prosedur dan kebenaran serangan selepas ini.

“Kami minta maaf dan berusaha belajar daripada kesilapan yang mengerikan ini,” ujarnya.

Serangan di luar pekarangan rumah seorang petugas bantuan 29 Ogos lalu, dilancarkan selepas serangan pengebom berani mati berdekatan kawasan lapangan terbang yang dilakukan oleh militan Daesh ISKP sehingga mengorbankan 175 nyawa termasuk 13 tentera AS.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya