Rupa bentuk iPhone 13 hampir sama iPhone 12 - Utusan Malaysia

Rupa bentuk iPhone 13 hampir sama iPhone 12

CEO Apple, Tim Cook melancarkan iPhone 13 baharu semasa acara perasmian di Apple Park.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Model baharu iPhone yang dilancarkan Apple Inc akan memasuki pasaran Malaysia bermula Oktober depan, lapor Bloomberg.  

Koleksi iPhone baharu mampu menarik perhatian pengguna kerana peningkatan keupayaan kamera dan pemproses sebagai pengganti perubahan reka bentuk utama. 

Model baharu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dilancarkan dalam acara California Streaming, awal pagi semalam. 

Daripada segi rupa bentuk, ia hampir sama dengan iPhone 12, namun, memiliki cip yang lebih pantas dan sistem kamera yang dipertingkatkan.

Pra tempahan bagi siri model iPhone 13 boleh dibuat bermula 1 Oktober depan dan stok telefon pintar itu boleh didapati bermula 8 Oktober.

Iphone baharu menggunakan iOS 15 akan menampilkan ciri baharu pada aplikasi Peta dan Pesanan serta penambahbaikan terhadap pelayaran web. 

iPhone 13 mini dengan skrin 5.4 inci bermula dengan harga RM3,399 dengan kapasiti 128GB, manakala, harga RM4,799 (512GB). 

Bagi iPhone 13 dengan skrin 6.1 inci berharga RM3,899 (128GB) dan RM5,299 (512GB).  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya