Rumah inspirasi filem The Conjuring dijual RM5.02j - Utusan Malaysia

Rumah inspirasi filem The Conjuring dijual RM5.02j

RUMAH ladang menjadi inspirasi pembikinan filem The Conjuring dijual pada harga AS$1.2 juta (RM5.02 juta). - KRIS CRAIG/THE PROVIDENCE JOURNAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROVIDENCE: Sebuah rumah di Rhode Island yang dikatakan berhantu dengan kejadian seramnya menjadi inspirasi pembikinan filem The Conjuring pada 2013, dijual pada harga AS$1.2 juta (RM5.02 juta).

Agensi berita AP me­laporkan, Realtor Mott & Chace Sotheby’s International Realty menyenaraikan rumah 14 bilik yang berkeluasan 290 meter persegi, di pasaran jualan hartanah pada minggu lalu.

Agensi hartanah itu turut menyifatkan rumah ladang yang dibina atas tanah seluas 3.5 hektar di Burrillville, sebagai salah sebuah rumah berhantu yang paling terkenal di Amerika Syarikat (AS).

“Ramai menyatakan, rumah ladang ini dihantui kewujudan Bathsheba Sherman yang tinggal di kediaman tersebut sekitar 1800-an.

“Sehingga hari ini, banyak kejadian mengerikan berlaku,” jelas agensi itu.

Filem The Conjuring tidak menjalani penggambaran di rumah tersebut namun dibikin berdasarkan pengalaman keluarga Perron yang pernah tinggal di rumah berkenaan pada 1970-an.

Kali terakhir rumah tersebut dijual pada 2019 pada harga AS$439,000 (RM1.83 juta) kepada sebuah keluarga yang menggelar diri mereka sebagai penyiasat paranormal.

Mereka juga mengadakan beberapa acara di tapak tersebut dan menyewa bilik rumah itu kepada para tetamu yang menginginkan pengalaman ‘menakutkan’.

Sebelum itu, pemilik terdahulu tidak pernah mengadu mengenai hantu namun mengeluh mengenai peminat filem seram tersebut yang mengunjungi dan menceroboh hartanah berkenaan hampir setiap masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya