Remaja perempuan maut, teman lelaki simbah asid kerana cemburu - Utusan Malaysia

Remaja perempuan maut, teman lelaki simbah asid kerana cemburu

ILUSTRASI kes menyimbah asid. - ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang remaja berusia 15 tahun maut selepas disiram dengan asid oleh teman lelakinya dengan polis mendedahkan motif kejadian adalah disebabkan cemburu.

Suara.com melaporkan, mangsa, Syahbila, meninggal dunia kelmarin.

Ketua Unit Jenayah Polis Daerah Deli Tua, Iptu Martua Manik berkata, ketika ini suspek yang berusia 26 tahun masih menjalani proses siasatan di Ibu pejabat Polis Deli Tua.

Kejadian bermula ketika suspek datang ke rumah mangsa untuk makan bersama.

Suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar dengan menaiki motosikal sehingga akhirnya mereka tiba di Jalan Stasiun, Desa Suka Makmur, Deli Serdang.

Di lokasi itu, suspek berpura-pura tayar motosikalnya kurang angin dan meminta mangsa memeriksa tayar.

Ketika itu suspek menyimbah asid ke badan mangsa.

Suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumah.

Ibu bapa mangsa yang melihatnya cedera, segera membawa ke hospital terdekat.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Ketika ditanya ibu bapa mangsa, suspek mengatakan mangsa disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Kes kemudiannya dilaporkan kepada polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya