Recep Tayyip hanya ketawa selepas Putin tawarkan vaksin Sputnik  - Utusan Malaysia

Recep Tayyip hanya ketawa selepas Putin tawarkan vaksin Sputnik 

RECEP Tayyip Erdogan (kiri) berbual bersama Vladimir Putin di kediaman rasmi Presiden Rusia di Sochi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hanya mampu tertawa selepas ditawarkan vaksin Sputnik sebagai dos penggalak Covid-19 oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tawaran Putin kepada Recep Tayyip itu dilakukan semalam, ketika mereka melakukan perbincangan selama tiga jam di kota Sochi yang merupakan kediaman rasmi Presiden Rusia.

Putin menyatakan rasa bangganya kerana vaksin Sputnik keluaran negara itu dapat meningkatkan antibodi manusia.

“Saya berasa beruntung kerana memiliki antibodi yang tinggi. Jadi, lain kali anda perlu divaksin dengan Sputnik,” kata Putin menerusi siaran televisyen.

Recep Tayyip kemudian memaklumkan beliau sudah menerima suntikan vaksin penggalak Pfizer yang juga meningkatkan antibodi.

Awal bulan ini, Putin, 68, menjalani kuarantin kendiri selepas puluhan kes Covid-19 dikesan dalam kalangan individu yang rapat dengan dirinya.

Rusia mencatatkan kes kematian tertinggi di Eropah selama dua hari berturut-turut akibat lonjakan kes varian Delta serta program vaksinasi yang lembab. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya