‘Presiden penggal ketiga? Tak minat’ - Utusan Malaysia

‘Presiden penggal ketiga? Tak minat’

JOKO Widodo Widodo mengenakan pakaian etnik Baduy dari wilayah Banten ketika menyampaikan amanat negara dalam Perhimpunan Agung Parlimen di Jakarta pada Ogos lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) dilaporkan tidak berminat untuk memegang jawatan Presiden bagi penggal seterusnya.

Menurut CNN Indonesia, ini kerana Jokowi setia kepada Undang-Undang Dasar (UUD) 1945 dan mandat Reformasi 1998.

Jurucakap Presiden, Fadjroel Rachman berkata, pendirian politik tersebut ditegaskan Jokowi pada 15 Mac lalu.

“Saya tiada niat, tidak juga berminat untuk menjadi Pre­siden tiga penggal. Perlembagaan mengamanahkan dua penggal. Itu yang harus kita jaga bersama,” katanya memetik apa yang diungkapkan Jokowi.

Fadjroel menegaskan Jokowi amat memahami pindaan UUD 1945 adalah keutamaan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR).

Dengan cara itu jelasnya, pendirian politik Jokowi adalah berdasarkan kesetiaannya kepada perlembagaan dan mandat Reformasi 1998.

Sebelum ini isu memanjangkan tempoh penggal jawatan Presiden menjadi perbualan dalam ruang lingkup politik negara.

Ketua Umum Sukarelawan Jokowi Mania (Joman), Immanuel Ebenezer atau Noel mencadangkan tempoh pentadbiran Jokowi dilanjutkan dua ke tiga tahun lagi.

Noel berpendapat, keadaan darurat pandemik Covid-19 yang berpanjangan menjadikan peme­rintah Jokowi tidak berfungsi secara optimum untuk rakyat.

“Oleh itu, tempoh jawatan Presiden perlu di lanjutkan dua ke tiga tahun. Ini berbeza de­ngan cadangan Presiden untuk tiga penggal yang mesti melalui pemilihan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya