Polis Israel tembak ibu empat anak sampai mati - Utusan Malaysia

Polis Israel tembak ibu empat anak sampai mati

MANGSA dilihat terbaring selepas ditembak dan gambar kecil menunjukkan empat anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada harga apabila polis Israel menembak mati seorang wanita Palestin berdekatan Pintu al-Silsila, Masjid al-Aqsa.

Lapor Quds News Network, Israel dilihat sekali lagi mencipta naratif baharu dengan skrip berulang iaitu ‘cubaan menyerang’ dan polis melepaskan tembakan dengan alasan ‘mempertahankan diri’.

Ini terbukti apabila polis Israel mendakwa kononnya Isra Khuzaimah, 30, cuba menikam anggota polis sebelum tembakan dilepaskan ke arahnya.

Lebih menyayat hati, ibu empat anak itu dibiarkan terbaring tanpa sebarang bantuan kecemasan sehingga akhirnya beliau mati syahid.

Rakaman video menunjukkan wanita itu langsung tidak memberikan sebarang ancaman atau cuba melakukan serangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya