KABUL: Pelajar perempuan di Afghanistan akan dibenarkanuntuk kembali ke sekolah dalam masa terdekat, jelas Taliban hari ini.
“Kami sedang menyelesaikan sesuatu, itu akan berlaku secepat mungkin,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengenai pendidikan anak perempuan.
Perkara itu diumumkan selepas Kementerian Pendidikan memerintahkan guru lelaki dan pelajar kembali ke sekolah, tetapi tidak menyebut tentang pendidikan wanita dan murid perempuan. – AFP