LONDON: Parti pembangkang utama di United Kingdom (UK), Parti Buruh meluluskan usul yang menggesa sekatan dikenakan ke atas Israel kerana mengamalkan dasar apartheid terhadap penduduk Palestin.
Langkah itu dibuat selepas Israel membunuh empat warga Palestin dan mencederakan lima yang lain di Tebing Barat.
Usul itu dikemukakan dalam satu persidangan tahunan parti diadakan di Brighton, Isnin lalu.
Lapor agensi berita Anadolu, usul itu antara lain menggesa untuk menamatkan perdagangan penjualan senjata dengan Israel yang mana dilihat melanggar hak asasi penduduk Palestin.
Usul itu juga mendesak untuk menghentikan perdagangan dengan penduduk menghentikan perdagangan dari penempatan haram Yahudi.
“Parti mengecam Nakba yang sedang berlaku di Palestin, tentera Israel yang menyerang Masjid Al-Aqsa, pemindahan secara paksa dari Sheikh Jarrah dan serangan di Gaza,” jelas usul itu.
Usul itu juga menggariskan keperluan tindakan yang tegas disebabkan penindasan Israel yang berterusan. – AGENSI