NASA 'terlepas rakam' lintasan asteroid berhampiran bumi - Utusan Malaysia

NASA ‘terlepas rakam’ lintasan asteroid berhampiran bumi

ASTEROID itu mempunyai diameter antara 42 hingga 93 meter yang lebih besar dari padang bola. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memaklumkan Asteroid 2021 SG yang melintasi bumi gagal dikesan 16 September lalu.

Namun, pihaknya optimis objek itu akan dapat dilihat oleh teleskop akan datang yang digunakan untuk mengesan objek angkasa lepas tersebut, lapor Daily Mail.

Pengarah Pusat NASA Kajian Objek Bumi, Paul Chodas berkata, kapal angkasa yang dikenali sebagai teleskop ruang Juru Ukur Objek Dekat Bumi, berupaya melihat asteroid di bahagian orbit yang berbeza dan sebelum melintas ke bumi.

Asteroid 2021 SG melintasi bumi dengan jarak 246,000 kilometer dua minggu lalu, dengan jarak kira-kira separuh perjalanan dari bulan.

Objek angkasa lepas itu tidak dapat dikesan sehingga 17 September lalu.

Batu angkasa lepas itu mempunyai diameter antara 42 hingga 93 meter yang lebih besar dari padang bola dan ukurannya hampir menyamai monumen bersejarah, State of Liberty.

Menurut Chodas, asteroid itu awalnya tidak dapat dikesan kerana mengikuti ‘orbit yang sangat eksentrik’.

“Selama beberapa bulan terakhir, ia berada di luar orbitnya dan menghampiri bumi minggu lalu dari arah matahari.

“Asteroid ini dijangka berada di langit pada waktu siang ketika menghampiri bumi. Namun, selepas ia bergerak, jangkaan itu berubah pada waktu malam,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya