MANILA: Petinju Filipina, Manny Pacquiao, yang kini bergelar ahli politik mengumumkan akan bertanding dalam Pilihanraya Presiden 2022.
Pengumuman itu menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan mengenai sama ada petinju legenda itu akan ‘mengintai’ jawatan tertinggi negara.
“Masanya sudah tiba, kita sudah bersedia untuk menghadapi cabaran dalam politik negara,” katanya ketika menerima pencalonan pesaing kepada parti pemerintah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte.
Pacquiao yang memasuki politik pada 2010 sebagai anggota Kongres sebelum terpilih menjadi Senat, telah lama diharapkan membuat kecenderungan untuk jawatan tertinggi di negara ini.
Janji memerangi kemiskinan dan korupsi mungkin menjadi tema utama dalam kempennya. – AFP