LONDON: Seorang ibu tidak berpuas hati apabila pihak sekolah mengeluarkan surat amaran kepada anaknya yang memakai skirt terlalu pendek.
Lapor Daily Star, anak wanita itu bersekolah di Ysgol Eifionydd di Porthmadog, Gwynedd dengan surat amaran akan menggantung sesi persekolahan sekiranya memakai skirt sama.
Polisi uniform sekolah menetapkan pemakaian skirt hendaklah melepasi paras lutut, sedangkan, skirt yang dipakai pelajar itu kelihatan ketat dan berada di atas lutut.
Polisi sama turut melarang pemakaian seluar jeans, sukan dan legging.
Tammy Humphrey berkata, dia kecewa dengan kejadian itu kerana skirt yang dipakai anaknya adalah sama seperti tahun sebelumnya, cuma ia sedikit singkat.
Humphrey kemudian berkongsikan gambar uniform sekolah yang dipakai anaknya semasa hari kejadian sehingga mendapat perhatian warga maya dalam Facebook.
Pelajar Tahun Lapan itu merupakan antara 18 murid yang diberikan amaran berhubung pemakaian mereka semasa hari pertama persekolahan selepas musim luruh berakhir.
Pelajar lain yang dikenakan surat amaran kerana melakukan kesalahan seperti memakai alat solek muka terlalu tebal, menindik dan memakai stokin di paras buku lali.