Kumpulan bersenjata culik lebih 70 pelajar di barat laut Nigeria - Utusan Malaysia

Kumpulan bersenjata culik lebih 70 pelajar di barat laut Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO: Polis Nigeria memaklumkan kumpulan bersenjata telah menculik lebih 70 pelajar sekolah di barat laut negara itu.

Ia merupakan siri serangan terbaharu yang menyasarkan pelajar sekolah.

Lapor Al Jazerra, Jurucakap polis wilayah Zamfara, Mohammed Shehu berkata, sekumpulan individu menyerbu Government Day Secondary School di kampung Kaya pada pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut, seramai 73 pelajar telah diculik.

“Penculikan itu berlaku selepas sekumpulan besar individu yang memiliki senjata menyerbu sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Shehu, pasukan polis sedang berkerjasama dengan tentera untuk menyelamatkan dan membebaskan pelajar berkenaan.

Kejadian ini berlaku selepas beberapa kerajaan negeri di bahagian tengah dan utara Nigeria termasuk Zamfara mengenakan beberapa sekatan terhadap penduduk dalam usaha menghentikan penculikan besar-besaran dan jenayah yang lain.

Lebih 1,000 pelajar diculik dari sekolah di utara Nigeria sejak Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya