Kucing 'tertekan' pemilik bekerja di rumah - Utusan Malaysia

Kucing ‘tertekan’ pemilik bekerja di rumah

KUCING juga tertekan dengan pemilik yang kini banyak menghabiskan masa di rumah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendapati kucing akan jatuh sakit dengan tahap tekanan ‘mengancam nyawa’ kerana pemiliknya menghabiskan lebih banyak masa di rumah, merosakkan rutin harian haiwan kesayangan ramai itu.

Daily Mail melaporkan, ketika Covid-19 melanda awal tahun lalu dan kerajaan melaksanakan kawalan pergerakan dengan orang ramai duduk di rumah untuk bekerja dan belajar, haiwan peliharaan mula mendapat perhatian yang ‘berlebihan’ berbanding sebelumnya.

Bagi anjing, itu mungkin sesuatu yang menjadi ‘kegemaran’ haiwan tersebut tetapi sebaliknya berlaku kepada kucing.

‘Perhatian’ yang berlebihan itu membuatkan haiwan tersebut rasa tertalu tertekan dengan pemiliknya.

Doktor haiwan mendapati, ‘tabiat’ kita ketika bekerja di rumah menyebabkan kucing mengalami pelbagai keadaan berbahaya, semuanya berkaitan dengan tekanan.

Mereka menyarankan pemilik membuat tempat persembunyian untuk kucing bagi membolehkan haiwan itu meredakan mood selain meletakkan makanan, air serta tempat berak dan kencing di lokasi yang tenang.

Cats Protection, sebuah pertubuhan amal yang mendedikasikan usaha menyelamatkan kucing berkata, tempat-tempat ‘selamat’ atau ‘sunyi’ yang dahulunya ‘istana’ kucing berehat di rumah mungkin telah diubah suai menjadi pejabat.

Ini menyebabkan kucing tidak lagi mempunyai tempat yang tenang dan perubahan pada kucing berpotensi menimbulkan tekanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya