'Kuali besar milik makhluk gergasi' ditemukan - Utusan Malaysia

‘Kuali besar milik makhluk gergasi’ ditemukan

'KUALI' gergasi yang ditemukan di Kretek, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Objek seperti kuali raksasa ditemukan di Kretek, dekat sini dan diangkat setelah ditemukan pada kedalaman tiga meter.

CNN Indonesia melaporkan, Supardi, penyewa tanah di kawasan itu menjelaskan objek berkenaan ditemukan petang semalam ketika salah seorang pekerja projek melakukan penggalian.

Kawasan itu dirancang untuk projek perladangan.

“Orang tua pernah beritahu kawasan ini merupakan tempat pam air oleh Belanda. Ini (objek) bukan untuk memasak tetapi sebahagian daripada mesin pam air,” katanya.

Menurut Supardi, wilayah Jambidan termasuk Kretek pernah dikenali sebagai ladang tebu.

Jelasnya, pemerintah Belanda membina pam air di kawasan itu untuk mengairi kawasan ladang.

Terdahulu penduduk memberitahu penemuan objek tersebut sebagai kuali raksasa zaman purba.

Ramai yang beranggapan ‘kuali’ itu digunakan oleh makhluk gergasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya