JAKARTA: Menteri Undang-Undang dan Hak Kebebasan Manusia, Yasonna H Laoly akan menyiasat dakwaan banduan dibenarkan bermain telefon bimbit dalam Penjara Koreksional Tengerang, Banten.
Ini susulan beberapa banduan sempat menghantar mesej, menaik status di media sosial dan membuat panggilan video di dalam sel penjara yang mengorbankan 44 nyawa selepas terbakar, baru-baru ini.
CNN Indonesia melaporkan, namun jelas Yasonna, isu itu bukan keutamaan buat masa ini kerana pihaknya memfokuskan terhadap penyelesaian punca kebakaran.
Pihaknya juga sedang mempertimbangkan penempatan semula 81 banduan yang terselamat dalam kejadian itu.
Beliau mengulas mengenai pengakuan salah sebuah keluarga yang memaklumkan banduan bermain telefon bimbit sebelum kejadian berlaku seperti diceritakan Upi Hartiti dan suaminya, Nursin.
Banduan bernama Rezkil Khairi yang merupakan anak kepada pasangan itu sempat menghubungi mereka melalui panggilan video.
Kes lain melibatkan banduan bernama Etus yang turut terkorban semasa kebakaran itu.
Dia memuat naik gambar dirinya di Instagram semasa berada di dalam sel penjara.
Ketika ditanya mengapa ada banduan yang menggunakan telefon bimbit di dalam sel, Ketua Pengarah Penjara Tangerang, Viktor Teguh memaklumkan perkara itu adalah pelanggaran tatatertib.
Disebabkan itu, pihaknya akan menjalankan proses penggeledahan secara lebih serius dan teliti selepas ini.