TEXAS: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia selepas menembak dirinya dengan pistol yang ditemukan dalam beg sandang milik seorang ahli keluarganya.
Budak lelaki berasal dari Waco itu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di hospital.
Pasukan penyiasat percaya kanak-kanak malang itu membunuh diri secara tidak sengaja.
Selepas tembakan berlaku, pemilik senjata api berusia 21 tahun melarikan diri bersama pistol tersebut, namun, akhirnya berjaya diberkas.
Insiden tembakan di Amerika Syarikat seolah-olah seperti tragedi biasa apabila kemalangan terkini melibatkan kanak-kanak.
Tahun ini sahaja seramai 111 orang terbunuh akibat insiden tembakan.
Menurut pertubuhan Everytown For Gun Safety, seramai 765 individu terbunuh, manakala, lebih 1,5000 cedera dari 2015 hingga 2020 dalam kejadian tembakan tidak disengajakan oleh kanak-kanak.-AGENSI