Jutaan penduduk AS bakal bergelap - Utusan Malaysia

Jutaan penduduk AS bakal bergelap

KEADAAN di Golden Meadow, Louisiana selepas dibadai Taufan Ida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Jutaan penduduk di Gulf Coast bakal bergelap selama sebulan selepas Taufan Ida yang membawa hujan lebat dan angin kencang membadai Louisiana sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus. 

Taufan Ida yang melanda negeri di Amerika Syarikat (AS) itu dikategorikan sebagai tahap empat, sehingga kini sudah menyebabkan lima kematian termasuk kes lemas di Lafitte, Louisiana.

Lapor CNN, pihak berkuasa berkata, bekalan elektrik mungkin tidak dapat dipulihkan di beberapa kawasan terjejas selama sebulan.

Keadaan itu juga secara tidak langsung boleh mengancam nyawa penduduk ketika cuaca panas terik bakal melanda negeri tersebut. 

Menurut Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell, kerja-kerja pembekalan arus elektrik akan dimulakan dalam masa terdekat.

 

AMARAN CUACA PANAS 

Sementara itu, Agensi Perkhidmatan Cuaca Nasional AS mengeluarkan amaran cuaca panas bagi tenggara Louisiana dan selatan Mississippi selatan.

Hal ini bermakna penduduk di kawasan yang terselamat daripada ancaman ribut bakal berdepan suhu terlalu panas antara 40.5 hingga 41.6 darjah celsius.

Jelas agensi itu, cuaca panas melampau merupakan penyebab kematian nombor satu berkaitan cuaca di AS.

Malah, ramai pegawai tempatan mendesak penduduk yang berpindah akibat bencana itu, tidak pulang semula ke kediaman mereka dalam tempoh terdekat. 

“Banyak kemudahan terjejas dan tidak beroperasi sekarang, justeru, saya minta jangan pulang sehingga semua selesai,” kata Gabenor John Bel Edwards.     

Dilaporkan, taufan Ida masih menjadi ancaman di beberapa negeri lain di timur AS.  

Berdasarkan Pusat Ramalan Cuaca di Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA), terdapat risiko tinggi (tahap 4) banjir di bahagian timur laut.  

 

* ELEKTRIK TERPUTUS 

Cabaran jangka pendek bagi Louisiana merupakan kegagalan pembekalan kuasa elektrik dan kesannya terhadap bekalan gas, rangkaian komunikasi, air bersih serta hospital.

Menurut laman PowerOutage.US, lebih sejuta kediaman dan premis perniagaan di Louisiana terputus bekalan elektrik akibat bencana tersebut.

“Kira-kira 42,000 rumah dan premis perniagaan serta 8,800 di Georgia tiada elektrik,” jelas portal itu.

Gangguan itu tertumpu di bahagian tenggara Louisiana dan di sekitar New Orleans. 

 

* KEMATIAN

Setakat ini, lima mangsa meninggal dunia dan ratusan berjaya diselamatkan akibat Taufan Ida.

Di Mississippi, hujan lebat menghanyutkan sebahagian besar Lebuhraya 26 sehingga mengakibatkan dua orang terkorban dan 10 lain cedera.

Pihak berkuasa Louisiana pula mengesahkan tiga kes kematian akibat bencana itu. 

Dilaporkan, Pengawal Nasional Louisiana berjaya menyelamatkan seramai 359 orang dan 55 haiwan di tenggara negeri itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya