TOKYO: Penggunaan emoji untuk berkomunikasi semasa zaman teknologi bukanlah sesuatu perkara asing.
Emoji kerap digunakan untuk melengkapi ayat ketika pengguna menghantar pesanan terutama dalam media sosial.
Emoji mempunyai makna dan falsafah yang sesuai dengan bentuk emoji itu sendiri seperti emoji ‘monyet menutup mata’.
Menurut halaman Emojipedia, emoji itu merupakan salah satu dari kewujudan Three Wise Monkey iaitu peribahasa Jepun yang dilambangkan dengan tiga ekor monyet yang menutup mata, telinga dan mulut.
Ketiga-tiganya melambangkan ‘sees no evil, hears no evil dan speaks no evil’.
Dalam istilah bahasa Jepun, emoji monyet yang sedang menutup mata dikenali dengan sebutan ‘See No Evil Monkey’ iaitu tidak ingin melihat kejahatan.
Emoji itu sudah menjadi sebahagian daripada unikod sejak 2010 dan dikemas kini pada 2015.
Dalam sisi lain, emoji monyet berwarna coklat itu kerap dimaknai dengan ekspresi rasa malu dan takut sehingga menutup kedua-dua matanya dengan tangan. – AGENSI