Ikan lumba-lumba ‘bercinta’ dengan manusia - penyelidik - Utusan Malaysia

Ikan lumba-lumba ‘bercinta’ dengan manusia – penyelidik

HUBUNGAN Peter dan Margaret yang terlalu rapat sehingga akhirnya ikan itu dilamun cinta.-BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kisah percintaan manusia dan haiwan bukan sesuatu yang asing kerana simbiosis yang wujud disebabkan perhatian yang sentiasa diberikan tanpa berbelah bahagi.

Begitu juga kisah buat seekor ikan lumba-lumba yang akhirnya ‘jatuh hati’ dengan pembantu penyelidik, Margaret Howe, 23, namun, ‘cinta’ mereka terputus di tengah jalan, lapor BBC.

Kerana kecewa terpaksa berpisah, ikan lumba-lumba jenis bottlenose tersebut enggan bernafas seperti biasa, tenggelam ke dasar tangki dan akhirnya mati yang didakwa sebagai tindakan ‘bunuh diri’, sekitar 1960an.

Pasangan itu mula bertentang mata ketika eksperimen yang dibiayai oleh Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang dirancang untuk mengajar ikan lumba-lumba memahami dan berpotensi meniru pertuturan manusia.

Tujuannya adalah mengetahui bagaimana manusia dapat bercakap dengan makhluk asing pada masa depan kerana ikan lumba-lumba adalah haiwan paling pintar di dunia.

Margaret akan menghabiskan waktunya dengan air laut sedalam 0.5 meter dengan Peter.

Pasangan itu perlu hidup bersama seperti tidur, mencuci pakaian, makan dan bermain bersama ketika mereka berusaha mengajar ikan itu bercakap.

DAPATAN KAJIAN BERUBAH

Dr. John C Lily dari Makmal Dolphin Point di Pulau St. Thomas, Caribbean yang memantau eksperimen itu meramalkan spesies itu dapat meniru pertuturan manusia selama satu atau dua dekad.

Namun, katanya, hubungan Peter dan Margaret kelihatan lebih rumit daripada apa yang dijangkakan.

Ini kerana, ikan itu secara tidak sengaja sudah ‘mabuk cinta’ dengan wanita itu.

Walaupun tujuan asal supaya ikan itu mempelajari bahasa Inggeris, namun, ujian itu sebenarnya memberikan gambaran mengenai emosi kuat yang dimiliki oleh haiwan.

Pada minggu keempat, Margaret mendapati Peter mula terangsang secara seksual dengan menggoda, menggigit dan menggosok kakinya.

Dia turut mengakui menjalin ikatan emosi yang mendalam dengan Peter.

“Hubungan itu harus bersama dan berubah menjadi sangat senang ketika bersama dan ingin bersama dan merindukan ketika Peter tiada di sana,” katanya dalam sebuah dokumentari BBC pada 2014.

Sementara itu, Pakar Ikan Lumba-Lumba serta Pengasas Pusat Kimmela untuk Advokasi Haiwan pernah menghasilkan banyak kajian mengenai haiwan itu.

Beliau pernah menulis bahawa otak haiwan itu memiliki kemampuan canggih untuk bertindak balas terhadap emosi dan jenis proses pemikiran yang terlibat dalam motivasi yang kompleks seperti mahu membunuh diri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya