LONDON: Seorang wanita mengeluh kerana sukar mencari pakaian seragam anaknya disebabkan dia memakai saiz dewasa berukuran 22 inci.
Lapor The Sun, dia berusaha mencari saiz baju sesuai buat anak perempuannya yang berusia 10 tahun di pelbagai kedai termasuk di Asda, Lidl, Next serta Marks and Spencer’s.
“Saya rasa macam ditikam di bahagian jantung. Saya rasa seolah-olah sudah gagal,” luahnya.
Tukang cuci berusia 41 tahun dari Heston, Cornwall itu berkata, setiap kali keluar membeli belah, dia pasti gagal mendapatkan saiz yang dikehendaki.
Tahun ini merupakan tahun pertama buat Leaha yang mempunyai berat badan 74 kilogram tidak menjumpai pakaian seragam sekolah yang bersesuaian dengan dirinya.
Sebelum ini, dia memakai saiz paling besar bagi kanak-kanak berusia 14 hingga 15 tahun, namun, saiz tersebut sudah tidak muat bagi dirinya.
Leaha dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan.