NEW YORK: Seorang wanita kehilangan ibu jari kaki kirinya ketika membersihkan rumput di halaman belakang rumah dengan mesin pemotong.
Lapor Daily Mail, insiden itu dikongsikan oleh adik mangsa menerusi TikTok, @waltermoe_luke dengan rakaman video mengenai kemalangan yang melibatkan kakaknya itu.
Dalam rakaman video itu, wanita itu tiba-tiba tidak dapat mengawal mesin itu ketika sedang memotong rumput.
Dia tidak menyedari sesuatu berada di belakangnya sebelum jatuh tersandung dan menyebabkannya hilang imbangan.
Ketika itu, mesin rumput yang dilengkapi bilah pemotong semakin menghampirinya sehingga ‘berjalan’ di atas kaki kirinya.