Fosil dinosaur Triceratops bakal dilelong RM7.5 juta - Utusan Malaysia

Fosil dinosaur Triceratops bakal dilelong RM7.5 juta

FOSIL Triceratops yang bakal dilelong di Paris pada bulan depan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Fosil separa lengkap dinosaur spesies triceratops yang ditemukan sebelum ini bakal dilelong dalam satu acara jualan di Paris pada bulan depan.

Menurut agensi lelong, Drout, fosil itu dijangka dapat dijual ada harga sekurang-kurangnya AS$1.8 juta (RM7.5 juta).

Rangka tulang yang diberi gelaran ‘Big John’ itu lebih 60 peratus lengkap dan tengkoraknya juga 75 peratus lengkap.

Rangka tulang tersebut berusia 66 juta tahun dan tengkorak kepalanya berukuran 2.6 meter panjang dan 2 meter lebar.

Kedua-dua tanduk dinosaur itu pula masing-masing berukuran 1.1 meter panjang dan 30.5 sentimeter lebar.

Jurucakap Drout, Alexandre Giquello memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat 10 pembeli potensi di seluruh dunia.

Rangka tulang pertama dinosaur itu ditemukan pada 24 Mei 2014 oleh pakar geologi, Walter W. Stein Bill di Formasi Batuan Hell Creek di South Dakota.

Sejak itu, lebih 60 peratus rangka tulang Big John ditemukan dan secara keseluruhan, lebih 200 tulang dinosaur itu dibawa keluar.

Pada Oktober 2020, rangka tulang itu dihantar ke Triste di Itali untuk dibaik pulih.

Dinosaur herbivor itu hidup di Laramidia iaitu benua kepulauan yang merentasi Alaska ke Mexico.

Big John juga dipercayai mati dalam bencana banjir lumpur, menyebabkan rangka tulangnya terpelihara.

Fosil itu akan dipamerkan di Itali sebelum dilelong di Paris pada 21 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya