Facebook, Ray-Ban reka cermin mata ‘James Bond’ - Utusan Malaysia

Facebook, Ray-Ban reka cermin mata ‘James Bond’

CERMIN mata ‘Ray-Ban Stories’ berupaya mengambil gambar dan video selepas pemakai memberikan arahan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Bagaikan memakai cermin mata perisik ‘James Bond’ yang boleh berfungsi merakam gambar dan video.

Demikian cermin mata pintar dibangunkan Facebook dan Ray-Ban yang merupakan satu lagi langkah kehadapan dalam menembusi pasaran penuh persaingan.

Cermin mata ‘Ray-Ban Stories’ berupaya mengambil gambar dan video selepas pemakai memberikan arahan dan bingkai tersebut boleh berhubung tanpa wayar ke platform Facebook.

Pengarah Juru Bentuk dan Penyelidikan Global di Kumpulan Essilor Luxoticca, Fabio Borsoi berkata, projek itu mengguna pakai bingkai Wayfarer ciptaan 1952 dan rekaan dihasilkan semula dengan beberapa teknologi hebat.

Kamera dipasang di bahagian depan bingkai manakala batang cermin mata berfungsi sebagai pembesar suara untuk mendengar panggilan atau audio yang disiarkan.

Lampu putih di depan bingkai akan menyala ketika kame­ra digunakan yang bertindak sebagai ciri privasi membe­ritahu orang di hadapan mereka sedang dirakamkan.

Pengguna dapat mengambil gambar atau klip video sehingga 30 saat dengan menekan butang atau hanya melalui arahan suara.

Kaca mata itu bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri augmented reality iaitu teknologi yang dapat menghubungkan pengkomputeran dalam talian dengan isyarat visual seperti pe­metaan atau pengecaman wajah.

Harga bermula dari AS$299 (RM1,238) dan akan dilancarkan di Australia, Itali dan Amerika Syarikat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya