Facebook ‘intip’ mesej peribadi dari WhatsApp? - Utusan Malaysia

Facebook ‘intip’ mesej peribadi dari WhatsApp?

LAPORAN mendedahkan moderator boleh membaca mesej peribadi WhatsApp. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Satu laporan baharu mendedahkan platform mesej popular WhatsApp yang dimiliki Facebook, tidak lagi melin­dungi privasi pengguna seperti yang didakwa.

Sebelum ini, aplikasi popular itu menegaskan Facebook tidak boleh membaca mesej yang dihantar antara pengguna.

Lapor New York Post, satu laporan dikeluarkan oleh ProPublica mendakwa Facebook mengupah lebih 1,000 pekerja kontrak di seluruh dunia untuk meneliti dan membaca mesej WhatsApp yang kononnya bersifat peribadi.

Syarikat itu didakwa berkongsi data peribadi pengguna tertentu dengan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

“Jaminan diberikan oleh syarikat itu adalah tidak benar.

“WhatsApp memiliki lebih 1,000 pekerja kontrak di Austin, Texas, Dublin dan Singapura yang mana mereka memeriksa jutaan kandungan mesej pengguna,” jelas laporan tersebut.

Pendedahan itu dibuat selepas Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berulang kali mendakwa syarikatnya tidak pernah memeriksa mesej Whats­App pengguna.

Facebook mengakui pekerja kontrak itu ditugaskan untuk menyaring kandungan pengguna WhatsApp serta isu lain yang merangkumi penipuan, pornografi kanak-kanak sehingga rancangan serangan pengganas berpotensi.

Dalam pada itu, laporan tersebut menyatakan pekerja kontrak juga meneliti maklumat yang tidak disulitkan seperti nama, gambar profil kumpulan WhatsApp pengguna, nombor telefon, gambar profil mesej status, tahap bateri telefon, bahasa serta sebarang akaun Facebook serta Instagram yang berkaitan.

“Setiap orang menguruskan lebih 600 aduan sehari. Mereka tidak dapat melakukan apa-apa, meletakkan kes itu dibawah pemantauan untuk diteliti lebih lanjut atau menyekat akaun tersebut,” jelas laporan itu.

Menurut ProPublica, Whats­App berkongsi metadata atau rekod yang tidak disulitkan yang mendedahkan banyak perkara mengenai aktiviti dalam talian pengguna kepada agensi penguat kuasa undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya