Dunia gagal bersatu menentang pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

Dunia gagal bersatu menentang pandemik Covid-19

RECEP Tayyip Erdogan berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76 di New York. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan kuasa-kuasa dunia gagal bersatu menentang ancaman pandemik Covid-19.

Malah, katanya, negara-negara membangun mengalami pandemik paling buruk disebabkan
ketidaksamaan sumber vaksin.

Jelas beliau, negara-negara membangun juga ‘dibiarkan’ untuk menentukan nasib mereka sendiri oleh kuasa besar dunia.

“Nasionalisme vaksin masih berterusan ketika puluhan juta rakyat dijangkiti dengan virus berpotensi membawa maut, dan tindakan itu disifatkan sebagai penghinaan kepada kemanusiaan,” katanya.

Erdogan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76 di New York.

Sementara itu, Erdogan menerusi ucapannya turut menekankan usaha-usaha dilakukan Turki dalam menentang pandemik Covid-19.

Kata beliau, antara usaha tersebut merupakan vaksin Covid-19 buatan Turki bakal dikeluarkan tidak lama lagi untuk kegunaan di peringkat global.

“Kami akan segera mengeluarkan vaksin Turkovac untuk kegunaan seluruh umat manusia,” katanya.

Vaksin yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Erciyes dan Institut Kesihatan Turki, sebelum ini dikenali dengan nama Erucov-Vac.

Penghasilan itu dijangka menjadi vaksin buatan Turki pertama di negara itu sekiranya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan setelah menjalani semua ujian keselamatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya