SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun dihukum penjara selama lima bulan kerana menyentuh kemaluan seorang lelaki di tandas sebuah pusat beli-belah pada tahun lalu.
Muhamad Ali Anafiah Jumadi, rakyat Singapura, mengaku bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan mangsa berusia 23 tahun yang tidak boleh didedahkan namanya atas perintah mahkamah demi melindungi identitinya.
Mahkamah diberitahu mangsa berada di pusat beli-belah Causeway Point di Woodlands pada 17 April tahun lalu sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 dikuatkuasakan.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Joshua Pang memberitahu mahkamah bahawa pada sekitar 9.30 malam, mangsa pergi ke tandas di tingkat bawah.
Beliau sedang berdiri di kertas tandas semasa tertuduh memasuki tandas, lalu mendekatinya dan menyentuh kemaluan mangsa selama kira-kira satu saat.
Mangsa menjerit ke arah tertuduh dan menolak tangannya sebelum ke pusat kawalan kebakaran pusat beli-belah itu untuk mendapatkan bantuan.
Seorang pengawal keselamatan membantunya memfailkan aduan polis.
Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda atau disebat atau dihukum dengan mana-mana gabungan hukuman tersebut.