STRABOURG: Kesatuan Eropah akan menyumbang sebanyak 200 juta dos vaksin Covid-19 tambahan kepada negara-negara berpendapatan rendah dan miskin.
Perkara itu disahkan oleh Ketua blok EU, Ursula von der Leyen.
“Saya ingin mengumumkan bahawa Suruhanjaya (Eropah) akan menyumbang tambahan 200 juta dos vaksin Covid-19 sehingga pertengahan tahun depan.
“Ini merupakan pelaburan dalam perpaduan dan kesihatan global,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan tahunan Kesatuan Eropah di Parlimen Eropah. – AFP