Covid-19: Bekas menteri kesihatan Perancis didakwa - Utusan Malaysia

Covid-19: Bekas menteri kesihatan Perancis didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bekas Menteri Kesihatan Perancis, Agnes Buzyn didakwa berhubung cara beliau menangani krisis Covid-19 di negara tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas para penyiasat di sebuah mahkamah khas di Paris memutuskan terdapat alasan untuk mendakwa Buzyn.

Lapor Al Jazeera, menurut pendakwa raya Mahkamah Kehakiman Republik Buzyn didakwa atas tuduhan membahayakan nyawa orang lain.

Beliau bagaimanapun tidak didakwa untuk kegagalan menghentikan bencana tersebut.

Bekas doktor itu yang boleh membuat rayuan terhadap pertuduhan berkenaan, tiba di mahkamah bagi sesi perbicaraan semalam.

Menurut Buzyn, beliau menyambut baik perbicaraan itu berikutan memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan perkara dan membuktikan kebenaran.

Isu itu menjadi tamparan hebat kepada Presiden Emmanuel Macron yang menangani krisis Covid-19 yang akan berdepan cabaran pada kempen pilihan raya tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya