China gesa AS disiasat berhubung kematian banyak penduduk Afghanistan - Utusan Malaysia

China gesa AS disiasat berhubung kematian banyak penduduk Afghanistan

TENTERA AS menghalakan senjata ke arah penumpang Afghanistan di Lapangan Terbang Kabul. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Biarpun tentera Amerika Syarikat (AS) sudah berundur dari Afghanistan, kes pembunuhan secara besar-besaran melibatkan penduduk awam di negara itu perlu disiasat secara teliti.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata, China menerima pelbagai persoalan mengenai tindakan tentera AS yang didakwa menyebabkan banyak kematian penduduk awam sepanjang 20 tahun berada di Afghanistan.

Berdasarkan beberapa laporan, tentera AS didakwa menembak penduduk awam selepas insiden pengebom bunuh diri berlaku di lapangan terbang Kabul.

Insiden itu menyebabkan lebih ramai penduduk awam maut.

Laporan lain juga menyatakan pada 29 Ogos lalu, serangan dron tentera AS di kawasan kejiranan di Kabul meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa termasuk kanak-kanak.

“China meneliti kesemua laporan tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan tentera AS ‘kerap melakukan serangan sehingga menyebabkan banyak penduduk maut’.

“Sebagai contoh, pada 2002, serangan udara tentera AS mengenai satu majlis perkahwinan menyebabkan puluhan maut dan ratusan cedera,” katanya.

China mendakwa, selepas itu berlaku lebih banyak serangan membabitkan penduduk awam.

Jelas Wenbin, jumlah kematian penduduk awam Afghanistan yang diumumkan oleh kerajaan AS sebenarnya lebih tinggi.

“Sehubungan itu, semua kes melibatkan kematian penduduk awam di Afghanistan perlu disiasat secara menyeluruh dan pihak yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

“Ini adalah berkaitan hak asasi manusia dan perlu dinilai berdasarkan undang-undang antarabangsa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya