China gam artis tidak patriotik - Utusan Malaysia

China gam artis tidak patriotik

ZHAO WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China dilaporkan ‘melupuskan’ semua maklumat mengenai seorang pelakon terkemuka yang mempunyai jutaan peminat di negara itu.

Lapor Daily Star, Zhao Wei yang pernah memenangi beberapa anugerah berprestij, merupakan antara pelakon paling kaya di China.

Namun, Beijing telah memadamkan seluruh maklumatnya secara dalam talian tanpa menyatakan sebabnya.

Dilaporkan, semua siri dan rancangan bual bicara yang menampilkan Zhao Wei hilang daripada laman penstriman utama di China.

Malah, nama pelakon itu juga tidak lagi muncul pada kredit dalam talian bagi filem lakonannya.

Isu pemadaman itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyat mengenai tindakan pihak berkuasa negara ini di media sosial.    

Zhao Wei sebelum ini dituduh sebagai tidak bersikap patriotik kerana mengupah pelakon dari Taiwan untuk berlakon sebagai watak utama dalam satu filem pada 2016.

Namun, berdasarkan beberapa laporan media, langkah China itu disifatkan sebagai tindakan keras dalam mengekang budaya peminat melebih-lebihkan selebriti selepas beberapa siri kontroversi melibatkan artis didedahkan.

Platform dalam talian kini tidak dapat menyiarkan senarai selebriti popular, malah kelab peminat juga harus dikawal selia berdasarkan badan pemantau internet terkemuka China.   

Sementara itu, agensi pengurusan Zhao Wei, Pulin Saisi menyatakan pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara tersebut. – AGENSI       

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya