Buku dipulangkan kepada perpustakaan selepas 43 tahun - Utusan Malaysia

Buku dipulangkan kepada perpustakaan selepas 43 tahun

BUKU Nicholas Knock and Other dipulangkan kepada Perpustakaan Awam Toronto selepas 43 tahun. - FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ONTARIO: Sebuah buku puisi kanak-kanak yang dipinjam hampir 43 tahun lalu akhirnya dipulangkan semula ke sebuah perpustakaan di Toronto.

Lapor portal UPI, pegawai di Perpustakaan Awam Toronto memaklumkan buku puisi berjudul Nicholas Knock and Other yang ditulis oleh Dennis Lee, dipulangkan semula ke cawangan Danforth-Coxwell pada bulan ini.

Dilaporkan, buku puisi kanak-kanak itu telah dipinjam pada Oktober 1978.

“Walaupun ia bukan perkara biasa menyimpan buku untuk sekian lama.

“Kami sentiasa mengalu-alukan pemulangan semula buku perpustakaan kami,” kata jurucakap, Michelle Leung kepada Narcity.

Menurut Leung, pihaknya tidak akan mengenakan denda lewat kepada peminjam yang memulangkan buku tamat tempoh pinjamannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya