Budak sekolah rentas sungai guna gabus - Utusan Malaysia

Budak sekolah rentas sungai guna gabus

DUA keping gambar menunjukkan kanak-kanak sekolah menyeberangi sungai menggunakan kotak gabus styrofoam. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sejak dua ke tiga hari ini, warga internet heboh memperkatakan mengenai video tular budak Sekolah Dasar (SD) menyeberangi sungai menggunakan kotak gabus styrofoam di Desa Kuala Dua Belas, Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan.

Ramai yang melahirkan simpati malah ada yang kagum melihat semangat kental kanak-kanak tersebut pergi dan pulang ke sekolah menyeberangi sungai ha­nya menggunakan ‘pengangkutan’ tersebut.

Tak kurang ramai yang menghentam pemerintah kerana gagal menyediakan sistem pengangkutan yang selamat.

Bagaimanapun, pemerintah daerah Ogan Komering Ilir menegaskan, kanak-kanak tersebut tinggal di pesisir timur Ogan Komering Ilir yang kebiasaannya pergi ke sekolah menggunakan kotak gabus styrofoam dan tidak mahu dihantar dengan perahu.

Ketua Jabatan Maklumat Ogan Komering Ilir, Adi Yanto berkata, Desa Kuala Dua Belas dihuni 450 ketua keluarga dan berdasarkan keterangan ketua kampung, pe­ngangkutan utama penduduk menyeberangi sungai adalah de­ngan perahu atau bot laju.

“Orang tua (ketua keluarga) di desa itu, rata-rata adalah orang berkemampuan, memiliki perahu dan bot laju.

“Mengenai anak-anak desa yang menyeberangi sungai menggunakan styrofoam, mereka ini tidak mahu dihantar menggunakan perahu. Jadi styrofoam tersebut sering dimainkan anak-anak

sebagai ‘perahu’, kerana mereka bermain-main,” katanya seperti dilaporkan Republika.

Jelasnya, bagi penduduk setempat, apa yang berlaku adalah perkara biasa, ibaratnya ‘mereka lahir sahaja sudah di atas air’.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan sudah memaklumkan perkara itu kepada ketua kampung dan sekolah agar jangan membiarkan anak-anak menggunakan styrofoam atas faktor keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya