Budak 10 tahun tewaskan dewasa, pertandingan wanita kuat di Gloucester - Utusan Malaysia

Budak 10 tahun tewaskan dewasa, pertandingan wanita kuat di Gloucester

AERYN-EJJINA memenangi tempat pertama bagi kategori silver dollar deadlift dalam pertandingan wanita kuat di Gloucester. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berjaya menewaskan peserta dewasa dalam pertandingan wanita kuat di Gloucester, barat England dengan mengangkat beban tiga kali ganda berat badannya.  

Lapor Daily Mail, Aeryn-Ejjina Atkinson dari Telford, Shropshire memenangi tempat pertama dalam kategori silver dollar deadlift sekali gus menjadi individu dengan berat badan paling ringan mengangkat beban seberat 96 kilogram (kg).

Kanak-kanak setinggi 137.16 sentimeter (cm) juga melakukan log press dengan mengangkat beban seberat 22.5kg sehingga berjaya mencatatkan rekod peribadi terbaik.

“Saya berasa bangga dengan pencapaian itu dan kini teruja untuk pertandingan seterusnya.

“Saya bercita-cita untuk menyertai Sukan Olimpik apabila dewasa, namun tidak percaya mampu melakukan pencapaian seperti ini pada usia 10 tahun.

“Saya juga tidak menyangka akan menyertai pertandingan wanita kuat ketika masih kecil lagi,” katanya.

Menurut Aeryn-Ejjina, dia mula membentuk minatnya dalam angkat berat selepas menyaksikan bapanya, Craig Atkinson melakukan sukan tersebut.

Malah, katanya, dia juga pernah membina sebuah barbell daripada permainan lego ketika berumur tujuh tahun untuk menyakinkan ibu bapanya bagi membenarkannya melakukan latihan angkat berat di gim.

Aeryn-Ejjina yang berlatih dua kali sehari, memenangi pingat di pertandingan wanita kuat peringkat kebangsaan dengan melakukan beberapa siri angkat berat berbeza dan latihan. 

Aeryn-Ejjina dijemput sebagai tetamu untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat Oak Strength pada 22 Ogos lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya