Biden isytihar perang tamat di Afghanistan - Utusan Malaysia

Biden isytihar perang tamat di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON:Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan beliau sudah membuat keputusan tepat mengundurkan tentera dari Afghanistan dan tidak akan menghantar lagi tentera untuk bertempur dalam peperangan.

AS berjaya mengundurkan sepenuhnya tentera dari negara itu semalam dan menyifatkan tindakan tersebut sepatutnya dilakukan sejak bertahun-tahun dahulu.

“Saya tidak akan selama-lamanya melanjutkan lagi peperangan dan pengunduran ini.

“Saya mengambil tanggungjawab terhadap keputusan ini. Saya menyatakan komitmen kepada rakyat AS bahawa saya akan menamatkan peperangan ini. Hari ini, saya menghormati komitmen itu,” tegasnya semasa menyampaikan ucapan di White House.

Seramai 2,400 tentera AS terkorban sepanjang 20 tahun menjalankan misi di Afghanistan dengan kos perbelanjaan mencecah AS$2.3 trilion (RM9.2 trilion).

Dalam masa sama, beliau menegaskan rakyat AS yang masih berada di Afghanistan yang kebanyakannya memiliki dua kewarganegaraan akan dibenarkan oleh Taliban untuk keluar jika mereka mahu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya