AUKUS: Australia ‘tidak berotak’ - Utusan Malaysia

AUKUS: Australia ‘tidak berotak’

INFOGRAFIK perbezaan perbelanjaan pertahanan Australia dan China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Penubuhan pakatan baharu melibatkan Australia, Uni­ted Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) dinamakan AUKUS meletakkan Australia sebagai sasaran ‘perang nukelar’.

Selain membangkitkan lagi kemarahan China, Australia yang bakal menerima kapal selam berkuasa nuklear hasil penglibatan dalam AUKUS adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Perkara itu ditegaskan seorang ahli akademik terkemuka di Beijing, Victor Gao (gambar) yang pernah bertugas sebagai penterjemah kepada bekas pemimpin komunis China, Deng Xiaoping.

Daily Mail melaporkan, Victor melabel Australia sebagai ‘tidak berotak’ kerana AUKUS dengan jelas memberi ancaman kepada negara itu.

“Dengan memiliki kapal selam berkuasa nuklear, Australia sendiri menjadi sasaran kemungkinan serangan nuklear pada masa hadapan. Anda tidak perlu tahu siapa yang akan me­lakukannya.

“Sekiranya, Australia memiliki kapal selam berkuasa nuklear buatan tempatan maka mereka akan menjadi sasaran negara lain. Ini harus menjadi peringatan kepada semua rakyatnya.

“Adakah anda mahu menjadi sasaran perang nuklear atau ingin­ bebas daripada ancaman tersebut,” katanya yang juga Naib Presiden Centre for China and Globalization dalam satu temu bual dalam program China Tonight di saluran ABC.

Baru-baru ini, AS mengumumkan ‘pakatan baharu’ itu untuk memantapkan keupayaan ketenteraan dalam menghadapi persaingan yang semakin mening­kat dari China.

Ketika diminta mengulas me­ngapa Australia menjadi sasaran sedangkan kapal selam bakal diperoleh hanya teknologi berkuasa nuklear dan bukannya membawa senjata nuklear, Victor hanya menegaskan perkara sama.

“Sebarang tindakan dilakukan akan mempunyai implika­sinya dan ini adalah kesan yang mendalam.

“Australia, AS dan UK didakwa melanggar Perjanjian Me­ngenai Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) yang merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.

“Sudah tentunya, tindakan itu akan memberi kesan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya