Angkasawan jumpa rekahan baharu pada ISS - Utusan Malaysia

Angkasawan jumpa rekahan baharu pada ISS

REKAHAN itu ditemukan pada modul Zarya. - NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Beberapa angkasawan Rusia menemukan kesan rekahan baharu di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang dikhuatiri boleh menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Lapor Daily Mail, rekahan luaran itu ditemukan pada modul Zarya yang merupakan bahagian pertama ISS dilancarkan oleh Rusia pada tahun 1998.

“Rekahan pada permukaan itu dijumpai di beberapa bahagian di modul Zarya.

“Ini adalah tidak baik dan menunjukkan rekahan itu akan meluas dari semasa ke semasa,” kata ketua jurutera syarikat roket dan angkasa, Energia, Vladimir Solovyov kepada agensi berita RIA.

Solovyov bagaimanapun tidak memperincikan butiran lain termasuk sama ada retakan itu telah menyebabkan kebocoran oksigen.

Tahun lalu, kru angkasawan di ISS melakukan pencarian tempat kebocoran oksigen selama beberapa minggu sehingga berjaya mengesannya di modul Rusia yang dikenali Zvezda.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menegaskan kebocoran itu tidak menimbulkan bahaya kepada kru ISS dan hanya menyebabkan sedikit penyimpangan pada kerja-kerja yang sedang berlangsung.

Sebelum ini, Solovyov pernah memberitahu sebahagian besar peralatan ISS sudah mula berusia dan memberi amaran kemungkinan terdapat ‘runtuhan’ peralatan rosak selepas tahun 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya