GRONINGEN: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Belanda menang tuntutan di mahkamah bagi melawan ayahnya yang tidak mempercayai vaksin Covid-19.
Mahkamah di Groningen membuat keputusan yang berpihak kepada si anak yang meminta untuk divaksinkan untuk bertemu neneknya.
Hakim Bart Tromp berkata, kekhuatiran ayah kanak-kanak itu tidak berlandaskan fakta ilmiah yang mencukupi.
Hakim memerintahkan anak itu divaksinkan segera, meskipun tanpa persetujuan ayahnya.
Undang-undang di Belanda menetapkan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah perlu mendapatkan keizinan ibu bapa untuk mendapatkan vaksin.
Sekiranya tiada kesepakatan yang dicapai, maka, anak itu berhak memutuskannya.
Kanak-kanak itu berkata, vaksinasi akan membantu mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.
Menurutnya, neneknya menderita kanser paru-paru yang boleh mengancam nyawanya sekiranya dijangkiti virus itu.
Media tempatan melaporkan, ibu kanak-kanak itu sudah memberikan keizinan, namun, ayahnya pula bertindak sebaliknya.
Ayah kanak-kanak itu memaklumkan, dia berasa skeptikal dengan vaksin kerana masih dalam fasa ujikaji dan bimbang akan memberikan kesan kesihatan yang serius.-AGENSI