150 hakim dilabel ‘hakim nakal’ - Utusan Malaysia

150 hakim dilabel ‘hakim nakal’

SURUHANJAYA Kehakiman mengenal pasti 150 hakim di Jawa Timur yang melanggar kod etika kehakiman. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya Kehakiman menerima aduan pelanggaran kod etika kehakiman yang didakwa dilakukan oleh sekurang-kurangnya 150 hakim di Jawa Timur.

Jumlah itu adalah yang ke­dua tertinggi selepas Jakarta.

Ketua Suruhanjaya, Mukti Fajar Nur Dewata berkata, untuk itu pihaknya bekerjasama de­ngan Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewa­ngan (PPATK), Pejabat Pendakwaraya, polis dan Komisi Pencegahan Korupsi (KPK) untuk meningkatkan pengawasan.

“Namun bukan mudah untuk mencari bukti pelanggaran kod etika hakim ketika terdapat aduan orang ramai. Ini kerana corak dan modus operandi yang digunakan lebih canggih,” katanya seperti dilaporkan Antara.

Menurut beliau, jika bukti ditemukan, pihaknya akan memastikan ‘hakim nakal’ atau hakim hitam itu menerima hukuman berat.

Istilah ‘hakim hitam’ biasa­nya digunakan Suruhanjaya Kehakiman untuk menggambarkan ‘hakim nakal’ yang boleh atau senang ‘disuap’.

Istilah ‘hakim putih’ pula bermaksud hakim yang bertindak lurus menegakkan keadilan dan tidak pernah tergoda oleh sebarang tindakan menyalahi undang-undang.

Bagi ‘hakim kelabu’ pula, ia kadang-kadang mudah me­lakukan pelanggaran kod etika, kadang-kadang sebaliknya.

Menurut beliau, tahun ini terdapat empat hakim dika­tegorikan ‘hakim hitam’.

Beliau tidak menafikan masih ada ‘hakim yang nakal’, mudah disuap dan mempermainkan institusi kehakiman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya