WHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19 - Utusan Malaysia

WHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggesa China supaya berkongsi data mentah ketika mula-mula kes Covid-19 ditemukan bagi mengenal pasti asal usul virus maut itu dalam siasatan yang dilakukan.

WHO menekankan, adalah penting untuk mengetahui asal usul Covid-19 yang ketika ini sudah meragut 4.3 nyawa penduduk di seluruh dunia sejak dikesan buat pertama kali di bandar Wuhan, China pada Disember 2019.

Sehubungan itu, WHO meminta semua data dan akses yang diperlukan supaya kajian dan siasatan yang seterusnya boleh dilakukan secepat mungkin.

Selepas beberapa lama tertangguh, pasukan penyiasat antarabangsa WHO pergi ke Wuhan pada Januari lalu bagi menghasilkan laporan pertama.

Laporan yang diterbitkan pada Mac itu tidak menyimpulkan sebarang kesimpulan, melainkan muncul dengan empat hopitesis.

Pasukan itu memaklumkan, virus tersebut berjangkit dari kelawar ke manusia menerusi haiwan perantaraan dan tepri kebocoran makmal adalah ‘sangat tidak mungkin’.

Namun, laporan tersebut menerima pelbagai kritikan kerana didakwa tidak telus, selain akses yang tidak mencukupi.

WHO pada bulan lalu turut menggesa siasatan peringkat kedua termasuk audit dilakukan di makmal Wuhan dan tindakan itu dibantah Kementerian Kesihatan China. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya