Wanita protes buang makanan dimasak gara-gara suami tetap makan di kedai - Utusan Malaysia

Wanita protes buang makanan dimasak gara-gara suami tetap makan di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tindakan seorang isteri membuang semua juadah yang dimasak selepas berang suaminya tidak mahu makan di rumah mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

Wanita itu menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok memberitahu, dia berasa sedih dan kecewa kerana suaminya pergi makan di kedai biarpun dia sudah masak pelbagai jenis lauk.

“Maaf ya Allah, bukan niat saya untuk buang rezeki ini, tetapi rasa sakit hati selepas suami lebih sanggup makan di luar bersama rakan-rakan dari makan yang saya masak,” katanya.

Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu membuang semua makanan yang disimpan dalam bekas ke tong sampah.

Kesemua makanan tersebut nampak masih elok dan boleh dimakan lagi.

Selain itu, wanita tersebut juga membuang kesemua barang untuk memasak termasuk bahan mentah seperti sayur-sayuran dan cili.

Pengguna TikTok yang menyaksikan rakaman video itu meninggalkan pelbagai komen.

Ada dalam kalangan mereka menyokong perbuatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkannya supaya jangan dibuang, sebaiknya disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

“Jika sakit hati sekalipun dengan suami, jangan dibuang makanan itu, sedekahkan kepada orang yang memerlukan.

“Masih ramai di luar sana yang susah untuk cari makan,” jelas komen tersebut.

Selain itu, ada juga pengguna mempersoalkan mengapa wanita itu tidak mengagihkan semua makanan itu kepada jiran tetangga supaya tidak membazir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya