JAKARTA: Seorang wanita tergamak mengambil kesemua wang di dalam tabung anaknya hanya untuk membeli produk kecantikan.
Berdasarkan video yang dimuat naik dalan aplikasi Instagram, wanita tersebut menyedari kesalahannya, namun tetap tidak dapat menahan nafsu daripada mencuri duit tabung anaknya untuk membeli produk kecantikan yang diingininya.
Video yang dimuat naik oleh pengguna Instagram dengan nama @igtaunmentt baru-baru ini menunjukkan dia mengeluarkan semua duit yang dismpan dalam tabung anaknya.
Wanita itu juga memberitahu, dia mengambul duit tabungan tersebut ketika anaknya tidur.
“Maafkan mama, mama terpaksa,” katanya.
Setelah dikeluarkan semua duit dari tabung tersebut, wanita itu mengiranya dan ia berjumlah 527,000 rupiah (RM154).
Video itu menjadi tular dan mendapat kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang kebanyakannya menyifatkan tindakan wanita tersebut ‘tidak layak menjadi ibu’.
“Tidak mengapa jika duit itu digunakan untuk beli makanan atau barangan keperluan harian keluarga. Tapi, ini untuk beli produk kecantikan.
“Sangat tidak patut dan wanita ini tidak seharusnya menjadi ibu,” tulis pengguna Instagram.
Ada juga yang berpandangan, sepatutnya seorang ibu sentiasa memikirkan keperluan dan kesenangan anaknya, bukannya bersikap pentingkan diri. – AGENSI