Wanita cari sumbangan bedah payu dara terlalu besar - Utusan Malaysia

Wanita cari sumbangan bedah payu dara terlalu besar

ESME CLEMSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mencari bantuan untuk membiaya pembedahan payu dara selepas permohonannya ditolak oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Lapor The Sun, Esme Clemson terpaksa melakukan perkara itu bagi melakukan pembedahan mengurangkan saiz ukuran payu daranya yang dikatakan terlalu besar.

Wanita berusia 20 tahun itu didakwa mempunyai saiz payu dara sekitar lapan kali ganda lebih besar berbanding golongan seusianya.

Clemson yang berasal dari Wolverhampton menderita sakit belakang akibat saiz payu dara tersebut.

“Payu dara saya kendur, melondeh, ada tanda regangan di kawasan sekitar dan tidak menarik untuk dilihat,” luahnya.

Clemson berkata, dia pernah mengalami kecederaan ketika membongkok di atas alat pemanggang untuk membersihkannya sehingga payu daranya menyentuh bahagian logam panas.

Katanya, dia juga menderita akibat jerawat yang tumbuh di sekitar payu dara kerana saiz tersebut.

Selain masalah fizikal, Clemson meluahkan dia kerap diejek oleh rakan sekelas dengan gelaran ‘si payu dara besar’.

“Saya memiliki lebih banyak kawan lelaki daripada perempuan kerana payu daya saya sering menjadi bahan jenaka atau topik bualan mereka,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya