Vietnam sedia hadapi peningkatan 50,000 kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Vietnam sedia hadapi peningkatan 50,000 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Vietnam akan menempatkan pasukan tentera di wilayah perindustrian, Binh Duong selepas pihak berkuasa kesihatan negara ini menjangkakan jumlah kes jangkitan Covid-19 boleh meningkat sehingga 50,000 dalam tempoh dua minggu akan datang di wilayah berkenaan.

Sebanyak 2,000 anggota tentera akan dihantar ke wilayah tersebut termasuk 50 stesen perubatan mobil dan 15 ambulans.

Wilayah perindustrian utama Vietnam itu setakat ini merekodkan sebanyak 81,000 kes jangkitan.

Binh Duong merupakan pusat kemudahan untuk puluhan syarikat termasuk firma bungkusan makanan Kumho Tire dan Tetra Pak.

Pihak berkuasa Vietnam kini bersiap sedia untuk berdepan dengan situasi terburuk apabila menjangkakan kes jangkitan boleh mencecah 150,000 dalam tempoh terdekat.

Vietnam sebelum ini sudah pun mengerahkan anggota tentera ke jalan utama di sekitar Ho Chi Minh City bagi menjayakan perintah berkurung yang dilaksanakan.

Penduduk Vietnam tidak dibenarkan keluar dari rumah walaupun untuk mendapatkan makanan kerana semua bekalan keperluan asas akan dihantar oleh tentera.

Mereka hanya boleh keluar untuk hal kecemasan seperti perubatan. – REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya