Vaksin bukan jawapan muktamad di AS - Utusan Malaysia

Vaksin bukan jawapan muktamad di AS

PESAKIT menunjukkan kad vaksinasi sebelum menerima suntikan Pfizer-BioNTech di klinik vaksinasi Jabatan Kesihatan Oakland di Michigan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) yakin jangkitan Covid-19 dapat dikawal awal tahun depan sekiranya program vaksinasi berjaya ditingkatkan.

Lapor Reuters, Pakar Penyakit Berjangkit AS, Dr. Anthony Fauci berkata, kelulusan penuh oleh Pentadbiran Dadah dan Makanan (FDA) terhadap vaksin Pfizer-BioNTech membuka ruang lebih banyak terhadap individu menerima vaksin.

Ia disusuli dengan persetujuan vaksin Moderna dalam beberapa minggu akan datang serta kebenaran untuk memberikan suntikan kepada kanak-kanak, menjelang musim luruh nanti.

“Saya merayu kepada semua penduduk di negara ini yang belum menerima suntikan vaksin supaya sedar kita mempunyai kemampuan untuk menamatkan pandemik ini segera.

“Saya fikir terdapat peluang yang sangat bermakna sekiranya vaksin Pfizer atau Moderna mendapat kebenaran FDA untuk diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sebelum musim cuti sekolah akan datang iaitu ketika permulaan musim salji,” jelasnya.

Menurut Fauci, penyedia fasiliti penjagaan kesihatan perlu menggunakan lebih banyak rawatan antibodi Covid-19 seperti Regeneron Pharmaceuticals dan Glaxo Smith Kline.

Penggunaan alat itu dapat mengurangkan kadar individu yang dimasukkan ke hospital dan kes kematian sebanyak 85 peratus, sekiranya digunakan kepada individu yang dijangkiti virus.

Penyelaras Covid-19 White House, Jeffrey Zients semasa sidang akhbar Selasa lalu, turut menggesa pekerja swasta dan lebih banyak kerajaan tempatan dan negeri menggalakkan staf mereka divaksin bagi meningkatkan kadar vaksinasi negara.

Sementara itu, White House turut membuat persediaan memberikan dos ‘penggalak’ ketiga bermula pertengahan September depan kepada rakyat AS yang sudah menerima vaksin lebih lapan bulan lalu.

Rancangan itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan FDA dan panel penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

KES MENINGKAT WALAUPUN DIVAKSIN

Namun begitu, di sebalik keyakinan terhadap program vaksinasi, laporan mingguan yang dikeluarkan oleh CDC mengenai kes kematian serta penyakit menunjukkan peningkatan jangkitan wabak dalam golongan yang sudah divaksin.

Berdasarkan rekod, sebanyak 25 peratus jangkitan Covid-19 melibatkan penduduk di Los Angeles yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya dari Mei hingga 25 Julai lalu.

Tempoh itu juga menyaksikan penularan varian Delta yang sangat tinggi di AS.

Data terkini itu melibatkan lebih 43,000 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas.

Daripada jumlah itu, seramai 10,985 bersamaan 25.3 peratus melibatkan penduduk yang sudah divaksin sepenuhnya, 1,431 atau 3.3 peratus individu yang menerima separuh suntikan serta 30,801 atau 71.4 peratus adalah golongan yang belum divaksin.

Berdasarkan kajian itu, CDC mengemaskini kajian melibatkan petugas kesihatan yang menyaksikan penurunan ketara keberkesanan dalam kalangan petugas barisan hadapan yang sudah divaksin di lapan negeri yang dijangkiti wabak itu.

Laporan itu menjelaskan keberkesanan vaksin selama tempoh kajian turun kepada 61 peratus berbanding 91 peratus sebelum kemunculan varian Delta.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya