UK tangguh taja biasiswa pelajar Afghanistan - Utusan Malaysia

UK tangguh taja biasiswa pelajar Afghanistan

NAIMATULLAH ZAFARY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelajar Afghanistan yang mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) bermula bulan depan dimaklumkan mereka tidak dapat menguruskan penempatan pelajar tersebut.

Lapor BBC, Biasiswa Chevening menaja pelajar dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat master di UK.

Biasiswa itu mendapat suntikan dana daripada pejabat Menteri Luar UK yang sangat bernilai dan kompetitif.

Pejabat Menteri Luar UK menjelaskan, situasi semasa di Afghanistan menyebabkan pihak Kedutaan Britain di negara itu tidak dapat melakukan persiapan akhir bagi tahun ini.

Bagaimanapun, keputusan itu dikritik oleh dua bekas menteri Kabinet daripada parti Konservatif.

Seorang pelajar tajaan, Naimatullah Zafary berkata, keputusan itu menyebabkan ada pelajar yang menangis dan mengalami serangan panik ketika mereka berusaha bertemu kakitangan kedutaan UK untuk berbincang mengenai alasan penangguhan penempatan mereka.

“Saya langsung tidak dapat tidur, apabila kami memerlukannya, anda menarik balik sesuka hati,” luahnya.

Zafary berkata, keputusan itu memberi kesan terhadap 35 pelajar Afghanistan dan separuh daripadanya adalah pelajar perempuan. -BBC

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya