UK jual makanan kucing halal pertama di dunia - Utusan Malaysia

UK jual makanan kucing halal pertama di dunia

STATUS hingus yang keluar dari hidung kucing kerana cecair lendiran itu dihukumkan sebagai suci. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Makanan kucing halal pertama di dunia akan dijual di United Kingdom (UK) dengan harga 7 pound (RM40).

Lapor Daily Mail, syarikat bertapak di Manchester, Tiana berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa kedai menjual makanan haiwan.

Makanan haiwan itu dijangka dilancarkan bulan depan.

Menurut Tiana, lebih 500,000 penduduk Islam mempunyai kucing di UK dan sebab itu ramai mahu memberikan binatang peliharaan mereka dengan makanan halal.

Namun, penghasilan produk itu menimbulkan polemik dalam kalangan ulama yang mempersoalkan keperluan haiwan memiliki makanan mengikut agama.

Laman web itu tertera tidak dibenarkan memberikan haiwan peliharaan dengan makanan haram.

Namun, Imam dari Leicester, Sheikh Ibrahim Mogra berkata, beliau kali pertama mendengar tentang perkara itu dan merasakan pelik.

Jelasnya, setakat pengetahuan dirinya, tiada perkara seperti itu yang dituntut untuk memberikan haiwan peliharaan makanan halal.

“Mungkin ia adalah pilihan buat pemilik haiwan tetpai tiada dalam tuntutan agama mengenai perkara itu,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya